Sayur Goreng (kobis + kobis bunga + carrot)
Bahan-bahan :
Bawang besar 1 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 1 batang
Kobis ¼ biji (dihiris)
Lobak merah 1 biji
Kobis bunga ¼ biji
Sotong 3 ekor
Garam secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Cara memasak :
1) Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Tunggu sehingga minyak betul2 panas.
2) Kemudian, tumiskan bawang besar + bawang putih + cili sehingga naik bau. Selepas itu masukkan garam dan sos tiram secukup rasa.
3) Kemudian masukkan sotong dan lobak merah. Biarkan sebentar.
4) Kemudian masukkan sayur kobis dan kobis bunga. Goreng seketika dan jangan terlalu lama. Kemudian, sedia dihidang..

No comments:
Post a Comment